The Incredible Professor

Reveal the History, The Series:

IMAM GHAZALI - HUJJATUL ISLAM
(Mujaddid kurun ke-5)

"Bumi ini tidak akan kosong dari penegak kebenaran hujjah ALLAH, supaya hujjah-hujjah dan agama ALLAH tidak sirna, mereka itu orang-orang yang paling sedikit jumlahnya dan paling tinggi derajatnya di sisi ALLAH."
(Sayidina Ali bin Abi Thalib KMW - Riwayat Abu Nu’aim)

"Pada ratus (tahun) kelima ialah Si Tinta Al Ghazali. Dia terhitung tanpa ada bantahan, tanpa iri"
(Imam Sayuti - Tuhfah Al Muhtadin bi Asma’ Al Mujaddidin)

Namanya Muhammad bin Muhammad Abu Hamid Al Ghazali. Lahir di
Thurs (450H/1058M) dan wafat 505 Hijriah di Baghdad. Beliau berada di satu
zaman yang mana telah timbul bermacam-macam firqah dan mazhab. Di dalam kitab Al
Munkizu minal dhalal
, lmam Ghazali menyebut di antara golongan-golongan
yang menonjol di waktu itu:

  1. Golongan Mutakallimun (ahli ilmu kalam - ilmu sifat 20) yaitu mereka yang menganggap dirinya sebagai ahli fikir dan ahli bahasa).
  2. Golongan batiniah yaitu mereka yang merasakan dirinya orang-orang yang menerima pelajaran (ta’lim) hanya khusus dari imam yang maksum.
  3. Golongan filosof yaitu mereka yang menganggap dirinya sebagai ahli logika dan ahli pemberi keterangan.
  4. Golongan sufi dan mistik yaitu mereka yang menganggap dirinya dapat mencapai muqarrabat (dekat pada Allah). Dan juga ahli pengamat dapat memeriksa dan melahirkan sesuatu.

Selain itu para ulama fiqih lalai dengan mujadalah
(berdebat) hingga lalai beramal serta cinta dunia seperti berebut-rebut untuk
jadi ulama raja di istana. Para pengikut dan
orang ramai pula fanatik dengan mazhab masing-masing. Sebagian ahli-ahli
sufinya sudah mabuk dengan rasa (zauk). Oleh itu, ada kalanya tindakan mereka
sudah tidak selaras dengan ilmu syariat yaitu hukum-hakam yang berhubung dengan
persoalan lahiriah (fiqih). Setengah mereka hanya dapat menghafal
istilah-istilah sufi, tanpa menghayatinya. Namun mereka merasa dalam kebenaran.

lmam Ghazali lahir di tengah-tengah perpecahan umat zamannya itu. Beliau
tidak tertarik untuk menyertai golongan manapun, sebaliknya mengambil inisiatif
untuk mengkaji tiap-tiap golongan tadi. Beliau mengkaji bersungguh sungguh
hinggalah ke akar umbinya sesuatu golongan itu. Al hasil bertemulah oleh beliau
salah silap, kelemahan, malah kesesatan yang dilakukan oleh golongan umat Islam
tadi. Dengan itu dapatlah beliau mencari dan memberi jawaban serta membuat perbaikan
di samping menunjukkan jalan bagaimana mencari kebenaran.

lmam Ghazali waktu itu sedang menjadi mahaguru (professor) di sekolah tinggi
Nizhomiah. Muridnya sekitar 300 orang. Setelah melakukan muhasabah (mengkaji)
diri sendiri, beliau merasakan ia juga tidak lepas daripada tujuan mencari nama
dan jawatannya yang begitu tinggi di bidang ilmu pengetahuan Islam. Beliau merasa
dirinya tertipu dengan amalan baiknya itu. la pun rasa cemas dan takut. Takut
kalau-kalau di waktu itulah dia menemui Allah, pastilah dia akan mendapat
kemurkaan Allah. Akhirnya jiwanya pun bergolak bersama dilema antara ingin
teruskan kariernya di Madrasah Nizhomiah atau pergi berkelana, beruzlah untuk
membaiki diri. Pergolakan ini terjadi selama 6 bulan. Pemuncak dari konflik
jiwa ini ialah lidahnya tidak dapat bercakap lagi. Akhirnya dia menyerah bulat
pada Allah dan bertekad untuk beruzlah, pergi menghabiskan masa untuk
mujahadatun nafsi dan beribadah pada Allah.

Sebelum berangkat untuk herkelana dan beruzlah, segala harta kepunyaannya
dibagi-bagikan kepada anggota masyarakat yang memerlukan bantuan., Sebagian
dihantar ke baitulmal, sebagian ditinggal untuk keluarga. Sebagian lagi dibawa
berkelana. Beliau beruzlah tidak kurang 10 tahun lamanya dengan melakukan
ibadah, baca AI-Quran, zikir, serta membersih hati daripada sifat mazmumah. Di
antara tempat yang beliau sempat beruzlah ialah:

  1. Di atas menara masjid Damsyik.
  2. Di Kubah Masjid Baitul Maqdis.
  3. Di Tanah suci Mekah sambil menunaikan haji dan ziarah maqam Rasulullah S.A.W.
  4. Di Baghdad (yakni di negara sendiri untuk terus beruzlah dan berkhalwat)

Selepas 10 tahun beruzlah itulah lmam Ghazali dapat kekuatan
jiwa yang luar biasa. Allah perlihatkan perkara perkara yang pelik dan ghaib,
seperti melihat para Malaikat dan ruh Nabi secara jaga (yakazhah), serta
mendengar ucapan-ucapan mereka. Dan dalam uzlah atau selepas uzlah inilah
beliau dapat menulis sebuah kitab agung yang terkenal dan terus dibaca hingga ke hari ini, terutama di kalangan mazhab Syafi’i, yaitu Ihya’ Ulumiddin, (menghidupkan
ilmu-ilmu agama). Di dalamnya setiap jurusan ilmu pengetahuan diuraikan tentang
hikmah-hikmahnya, diberi ruh dan jiwa. Dalam Ihya’ ini jugalah lmam Ghazali
mempersatukan semula 3 bahagian ilmu yaitu usuluddin, fiqih dan tasauf dalam
teori dan amalannya, menjadi 3 sahabat yang tidak boleh dipisah-pisahkan.
Dan
selepas uzlah jugalah, setelah jiwa jadi kuat, hati bersih hingga memperolehi
bermacam-macam rahasia ilmu pengetahuan serta sedikit rahasia tentang alam
ghaib beliau tampil semula ke tengah masyarakat, mengajar dan memimpin
masyarakat.

Jasa lmam Ghazali dapat mengurai segala kekusutan ilmu pengetahuan Islam di
zamannya serta dapat pula memimpin umat Islam kembali pada kesatuan ummah dan
kebenaran Islam serta mengajak manusia beribadah dan berakhlak adalah jasa
besar yang tidak akan terbuat oleh seorang ulama biasa. Kedatangannya membawa
pendekatan dan teknik yang tepat untuk menyelesaikan masalah umat serta mengisi
keperluan mereka itulah yang membolehkan beliau sendiri mengakui bahwa
beliaulah mujaddid kurun ke-5.

[Taken from "Siapa Mujaddid Kurun ke-15", by Syeikh Imam Ashaari Ibn Muhammad At Tamimi]

Leave a Reply